1 Comment

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


4 TIPS PEMANDUAN DI MUSIM HUJAN



4 TIPS PEMANDUAN DI MUSIM HUJAN.  |   Pok Ucu nak kongsikan sedikit tips pemanduan di musim hujan , semoga menjadi panduan dan bermanfaat pada anda.


4 TIPS PEMANDUAN DI MUSIM HUJAN , apa tips pemanduan yang penting  ketika di musim hujan ?






1 . Perlahankan kenderaan anda

Had laju yang tertera di tepi jalan raya merupakan had maksima pemanduan. Jadi kurangkan kelajuan jika hari hujan apatah lagi jika hujan yang lebat. Rasanya semua orang tahu lojiknya kenapa kenderaan anda harus diperlahankan.



2 . Nyalakan lampu besar

Lampu kereta anda berfungsi dengan dua cara di dalam keadaan hujan atau kabus. Ia membolehkan anda melihat ke hadapan dengan lebih baik dan pada masa yang sama membolehkan pemandu lain melihat kehadiran anda.






3. Kekalkan jarak selamat

Sama dengan tips yang kedua tadi, anda perlu kekalkan jarak yang selamat dalam hujan. Cengkaman tayar yang kurang sewaktu hujan mengakibatkan jarak henti anda bertambah sewaktu brek. Jika brek ditekan terlalu kuat, kereta anda mungkin akan tergelongsor tanpa kawalan.



4. Info trafik

Kemajuan teknologi membolehkan kita merancang perjalanan dengan lebih baik. Info trafik boleh didapati menggunakan perisian telefon pintar, web mahupun stesen-stesen radio tempatan.






Tak kiralah apa sahaja yang di pandu oleh anda,ingatlah orang yang tersayang dan nyawa anda sendiri,berhati-hati memandu di jalan raya....


Semoga Apa Yang Di Kongsikan Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Semua sahabat-sahabat Diluar Sana.


Jagalah keselamatan semasa hujan.


Pesanan Ikhlas ;

POK UCU ( HELMI )


Sekian " Terima Kasih " ...

Post a Comment

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

blogger
 
Top