RESEPI TERUNG GORENG BERSAMBAL

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Resepi terung goreng bersambal


 
Bagi yang meminati makanan yang pedas,berlada atau bersambal mesti akan suka dengan terung masakan berlada ini ....


Resepinya yang sangat ringkas dan cepat untuk disediakan, bukan sahaja wanita yang pandai masak sahaja dapat menyediakannya, lelaki bujang pun boleh membuatnya sendiri jika rajin... 



Resepi terung goreng bersambal 






Resepi terung goreng bersambal
 

Bahan-bahan :

( makan untuk sorang jer pn blh.... kalau larat nk habiskan )
4 biji terung ungu panjang/separuh
1/2 sudu kecil garam halus
1 1/2 sudu besar air (Semua bahan di atas digaul rata)


SAMBALNYA :


4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia*
2 sudu besar cili kisar
1/4 cawan air asam jawa
1 cm belacan
1 1/2 sudu besar gula merah

*tumbuk bahan bertanda


Cara-cara membuatnya :


1.Celur terung sekejap hingga lembut

2.masukkan minyak dalam kuali dan tinggalkan tiga sudu besar, tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau.
 
3.Masukkan pula cili kisar, air asam jawa dan belacan, goreng hingga pecah minyak.
 
4.Akhir sekali masukkan pula gula merah dan garam secukup rasa.

5.Kacau dan padamkan api. Bubuh terung dalam pinggan, curahkan sambal di atas terung 

Kalau rasa malas nak masak sambal tu... beli jer sambal udang atau ikan bilis dekat pasar. haaa... UNTUK TAMBAHAN... gorengkan terung dengan telur pun boleh... lagi sdap... potong seperti tadi... Kemudian celupkan dalam telur ...


Sekian "Terima Kasih " .....


RESEPI TERUNG GORENG BERSAMBAL RESEPI TERUNG GORENG BERSAMBAL Reviewed by mohamad zulhelmi2769 on November 15, 2018 Rating: 5

3 comments:

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Powered by Blogger.