Persiapan Raya ?



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Persiapan Raya ?

Persiapan Raya ?   |   Raya tahun 2018 ini budget kurang sedikit , kerana duit gaji agak kurang dan cukup untuk belanja yang penting sahaja ...

Tak seperti tahun-tahun lepas Pok Ucu memang raya sakan sebab budget nak sambut hari raya memang mencukupi , ada duit lebih boleh beri DUIT RAYA pada anak-anak saudara , Tahun 2018 ini mungkin tak beri kot!!! DUIT RAYA pada mereka , sebab nak buat biskut raya lagi , Budget memang tidak mencukupi ....




Kau orang mesti nak tahu apa pekerja Pok Ucu Sekarang Ini kan ? , Pok Ucu bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan yang berdekatan rumah , agak jauh sedikit , ulang-alik dengan motor , nak jalan kaki memang tak la!!! kan ....


Ok!!! berkenaan dengan persiapan raya , Pok Ucu hanya recyle sahaj baju-baju lama yang masih elok dan pakai raya tahun   2018 , memang kena berjimat habis sebab nak kumpul duit mintak masuk anak orang , nak kena pakai duit banyak , betul tak ? ...

Bagi anda yang raya sakan dan serba baru tahun ini , Pok Ucu nak ucapkan " Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin , Pok Ucu ada pantun untuk anda semua , pantunnya berbunyi begini ;


Lemang , Ketupat Dan Rendang ,
Juadah Wajib Di Aidilfitri ,
Jangan Hanya Di pandang-pandang ,
Silalah makan dan nikmati .


Di Aidilfitri Berbaju Baru ,
Baju kurung terlebih kain  , 
Salam Aidilfitri Dari Pok Ucu ,
Maaf Zahir Dan Batin .


Maaflah pantun terlalu ringkas dan berkucar-kacir , Sudah ketandusan idea sebab nak kena perah otak , apa pun saya ucapkan dan doakan RAYA 2018 ini bermakna buat anda yang Beraya disisi keluarga yang tersayang ....


Sekian " Terima Kasih " ...




Persiapan Raya ? Persiapan Raya ? Reviewed by mohamad zulhelmi2769 on June 13, 2018 Rating: 5

No comments:

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Powered by Blogger.