KUIH BATANG BURUK

June 09, 2018

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

KUIH BATANG BURUK

Kuih Batang Buruk   |   Dari kecil lagi pok ucu sangat menyukai kuih batang buruk ini , Tapi agak mahal juga hendak beli , itu masa kecil dulu la , sebab mak,ayah tidak mampu hendak membelinya , Pok Ucu hanya dapat merasa apabila berkunjung k rumah sanak-saudara ...
Ok!!! Pok Ucu Ini agak tererrr!!! jugak dalam masak-memasak , dari dulu lagi pok ucu suka memasak , nak makan kena masak sendiri , barulah boleh berjimat dan puas hati ....




Bahan yang diperlukan:
300 gram tepung gandum
150 gram tepung beras
1/2 biji santan kelapa
300 gram serbuk kacang hijau (disangai dan dibuang kulit)
200 gram gula aising
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:1. Mula-mula panaskan santan sehingga mendidih di dalam periuk. Kemudian tutup api dan sejukkan santan dengan cara merendamnya ke dalam air sejuk. Ketepikan dahulu
2. Sementara itu, campurkan serbuk kacang hijau bersama gula aising. Kacau rata dan ketepikan dahulu
3. Untuk menyediakan dohnya, campurkan tepung gandum bersama tepung beras, santan dan telur. Kacau rata sehingga membentuk doh. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
4. Selepas itu, canai nipis dan potong bersaiz 2cm x 3cm. Alas plastik ketika mencanai supaya ia tidak melekat. Kemudian  gulung dan biarkan berlubang pada bahagian tengahnya
5. Goreng di dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya
6. Akhir sekali salutkan dengan campuran kacang hijau dan gula aising tadi. Batang buruk sedia untuk dinikmati.







Selamat mencuba! , Sekian " Terima Kasih " ...

1 comment:

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Powered by Blogger.