Biskut Lidah Kucing

June 10, 2018



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Biskut Lidah Kucing


Biskut Lidah Kucing | Dengar nama pun sudah pelik bukan? , nama sahaja yang pelik tapi biskutnya sangat cantik dan menarik minat kanak - kanak , bukan sahaja kanak - kanak tertarik , Pok Ucu sendiri pun tertarik dengan warna biskutnya ...


Tak silap Pok Ucu Biskut tersebut popular pada tahun 2000 , Tak ingat 2000 berapa , yang pastinya biskut tersebut telah menjadi VIRAL kerana warna biskut tersebut BERWARNA-WARNI ...






Cantik , menarik dan kebabommmm!!! , Anda lihat sendiri la warnanya , mesti memukau dan terbeliak biji mata anda bukan ?


Biskut Lidah Kucing


Bahan-bahan 250 gram butter 200 gram tepung gandum 50 gram tepung jagung 160 gram gula kastor 3 biji putih telur 1/4 sudu emplex Esen vanila Pewarna makanan


Cara Membuat ; Langkah 1
Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex. Langkah 2
Pada bekas lain, pukul butter dan gula sehingga kembang kemudian masukkan putih telur sedikit demi sedikit. Langkah 3
Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul. Langkah 4
Bahagikan adunan mengikut jumlah warna yang anda inginkan dan gaul setiap adunan dengan pewarna. Langkah 5
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan picitkan ke pada loyang. Rujuk video. Langkah 6
Bakar pada suhu 150°C selamat 20 minit. Sedia dihidang.







Semoga video tersebut menjadi panduan kepada anda , jika tidak berapa faham dengan resepinya , boleh rujuk pada video tersebut , jika melihat videonya anda akan mudah faham , Betul tak ? ...


Baca Juga ;




Resepi Biskut Lidah Kucing http://seminitresepi.com/resepi/bisku... Resepi Biskut Lidah Kucing adalah antara biskut paling popular semasa musim perayaan. Mudah untuk dibuat dan rasa layann. Mesti cuba buat. Penaja Biskut Lidah Kucing Lazz Susu Kambing telah menaja Resepi Biskut Lidah Kucing pada kali ini, anda boleh intai website mereka di http://lazzsusukambing.com



Selamat Mencuba !!! Sekian " Terima Kasih " ...

1 comment:

  1. dulu suka biskut ni, skrg kurang

    jemput join : http://www.shfyqhazhr.com/2018/06/giveaway-suka-suka-by-shfyqhazhrcom.html

    ReplyDelete

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Powered by Blogger.