Apam Polkadot



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Apam Polkadot


Apam polkadot | yang comel ini sangat seronok dibuat bersama keluarga! Pastinya menarik untuk aktiviti di rumah bersama anak-anak. Rasanya jugak sangat enak! Cuba dulu ...


Bahan-bahan: 3biji telur (dari peti sejuk) 275gm tepung gandum 220gm gula halus 150gm susu segar 3sudu kecil baking powder 1sudu kecil ovallete Jem Blueberry, Strawberry @ apa-apa jenis filling (ikut kegemaran) Sedikit Pewarna merah dan ungu Cara membuat 1. Mula-mula masukkan susu, telur, ovallete, tepung, gula halus, baking powder dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 6-8minit. 2. Selepas itu, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa. 3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag, begitu juga dengan jem 4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan lompang. Picitkan filling secukupnya. 5. Kemudian picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. 6. Akhir sekali kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15minit. Jangan buka api besar semasa mengukus. Gunakan api sederhana supaya apam tidak pecah. Penutup kukusan pula perlu ditutup dengan kain supaya air wap tidak terkena apam yang akan menyebabkan apam merekah.





Credit By ; iCook Asia di http://www.icookasia.com



Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.


Baca Juga ;



Jemput Like Atau Follow :



Selamat mencuba! Sekian " Terima Kasih " ...

1 comment :

  1. harap2 raya ni ada org buat abam ni. tlg laaa...

    ReplyDelete

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates