Skip to main content

Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce)



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Cara membuat sos lada hitam , homemade sos lada hitam , sos lada hitam ini dimakan bersama ayam bakar , daging bakar , kambing bakar dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan bakar , memang sedap sangat-sangat ...


Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce)


Pok Ucu biasanya membuat sos lada hitam ini bila hendak makan western food , iaitu CHICKEN CHOP ....







Oleh MyResipi
Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang


Resepi dari kakak ipar yang pernah duduk US..sedap di makan dengan chicken chop, kentang goreng, nugget, bebola.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 sudu mentega 
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • Sebiji bawang besar (potong dadu)
  • Sebiji tomato (potong dadu)
  • Seketul kiub ayam Knors
  • 2 cawan air
  • Sedikit kicap pekat
  • Sedikit sos cili/sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • Tepung jagung (jika perlu)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Cairkan mentega dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN, jangan sampai hitam sangat, agak-agak kecoklatan dah cukup. Nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas. Ermmm sedap...

Terima Kasih

Sealamat Memcuba

Comments

Post a Comment

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Popular posts from this blog

Resepi Kek Span Vanilla Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan

Assalamualaikun Dan Salam Sejahtera

Resepi Kek Span Vanilla Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan


















Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Resepi Wajik ATAU Pulut Manis Sedap

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Resepi Wajik ATAU Pulut Manis Sedap


Bahan-bahan diperlukan:
500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal) *300gm gula melaka @ gula merah *200gm gula pasir bahan * dimasak dengan 1 cawan air 2 cawan santan pekat 1 helai daun pandan Daun pisang utk alas talam/loyang 4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) - bagi yg suka durian.. idea dari zaina.. Cara menyediakan dan memasak:
*Kaedah kukus-
Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam
*Kaedah tanak di rice cooker-
3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)
*Kaedah masak pulut guna microwave-
3 1/2 cawan beras pulut 3 1/2 cawan santan cair, sedikit garam..panaskan selama 20 minit Rebus gula melaka & gula pasir dengan 1 cawan air..setelah larut & mendidih, hendaklah di tapis Panaskan semula gula yg ditapis tadi…

RESEPI PUDING ROTI KUKUS BERKUAH SOS KASTARD

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


RESEPI PUDING ROTI KUKUS BERKUAH SOS KASTARD

PUDING ROTI KUKUS





BAHAN- BAHAN 5 keping roti gardenia ( roti lain pun boleh la )
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
2 sudu butter
Kismis ( beli je 1 kotak kecil )

CARA- CARANYA :
1.Masukkan telur, gula, esen vanila ke dalam satu bekas, mixer sampai sekata / kembang (nak guna blender pun boleh) 2.Masukkan susu cair, kacau sekata. 3.Ambil roti, sapukan butter depan dan belakang (kalau nak carik-carikkan pun boleh ya!) susun dalam loyang. 4.Tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang, dan tabur kismis. 5.Kukus selama 20-25 minit.

SOS KASTARD
BAHAN-BAHAN

2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecik esen vanila.

CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Masukkan semua bahan di atas, masak atas api perlahan, kacau sampai masak.
pastikan di kacau untuk mengelakkan ianya berketul.






Credit to Fb Page
Resepi masakan malayu

Sekian " Terima Kasih " ...