Breaking

Saturday, March 3, 2018

ROTI CANAI



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Pok Ucu cuba buat ROTI CANAI ini banyak kali jugak , macam-macam resepi dan cara Pok Ucu Buat , Akhirnya menjadi jugak ...

Roti Canai



Roti Canai ini kebiasaannya orang makan di waktu pagi dan petang , sebagai pelengkap sarapan pagi untuk mengalas perut sampai ke tengahari , petang pula kebiasaannya pok ucu akan mengambil makanan ringan seperti ROTI CANAI , kau orang tak tahu la pulak!!! ...





Oleh MyResipi
Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Sedap, rasa macam kat warung.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 550gm tepung gandum
  • *250gm air
  • *1 biji telur -50gm
  • *3 sudu besar susu pekat manis - 60gm
  • *1 sudu teh garam - 6gm
  • *1 sudu teh mentega/marjerin - 15gm
  • 1-2 sudu besar tepung gandum - untuk ditambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan bahan * ke dalam bekas, kacau hingga sebati.
  2. Masukkan bancuhan air tadi ke dalam tepung.
  3. Uli hingga jadi doh.
  4. Rehatkan doh selama 10 minit.
  5. Uli lagi selama 5 minit.
  6. **ulang langkah 4 & 5 sebanyak 3 kali.** Perhatian: selepas kali ke 3 proses menguli & rehat, doh akan bertambah kenyal dan tak melekat. Jadi jangan risau kalau proses yang pertama terasa doh melekat di tangan. Kalau ranya lembik lagi selepas kali kedua menguli & rehat, tambah sedikit tepung (dalam 1 sudu besar).
  7. Uli guna tangan, tapi kalau nak pakai mesin 'breadmaker' pun boleh. Untuk mesin, ikut langkah 1,2,3 di atas. Masukkan dalam mesin, programkan ke 'basic bread'..biarkan proses selama 1 jam 15 minit. Selalunya doh lembik skit sebab suhu 'breadmaker'. Masa mesin berhenti seketika ('pause'), keluarkan doh, uli sekejap dengan sedikit tepung. Kemudian, masukkan balik dalam mesin.
  8. Bentuk bulat-bulat (anggaran 12-16 biji bergantung pada saiz). Perap selama 3 jam atau lebih dan boleh ditebar atau di tarik-tarik.
  9. *Jika tak habis tebar, boleh simpan dalam peti ais sehingga ke 2 hari.
  10. *Tips: kalau terlebih uli, doh akan kenyal dan susah nak tebar. Bila masak roti akan kenyal. Itulah sebabnya proses uli, rehat, diulang 3 kali.
  11. *Untuk komen dari skyblue dan yani: saya dah kemaskini jumlah air kepada 250gm. Doh roti canai ni memang keras berbanding dengan doh roti biasa. Tetapi, jangan risau, selepas diperap , doh akan lembut sebab kalau terlalu lembik, nanti bila nak tebar, akan koyak. Kalau tak tau tebar, boleh la tarik, nipis-nipis...
  12. Lupa nak cakap. Masa lepas dibulat-bulatkan, hendaklah disapu dengan marjerin, kemudian baru simpan..dan masa nak tebar pulak, hendaklah di penyek-penyek dulu sebesar tapak tangan, kemudian rehatkan selama 10 minit, boleh buat banyak-banyak, lepas tu barulah di penyek besar-besar untuk proses tebar.

Sekian " Terima Kasih " 

Selamat Memcuba !!!

8 comments:

  1. Wah.. Teror dah pok ucu ye.. Suka roti canai nie..

    ReplyDelete
  2. Wow, terror la pokucu buat roti canai, bleh la jual kat online.. mesti ramai yang nak beli..

    ReplyDelete
  3. rajin pok ucu buat roti canai. tak berapa rajin part nak menguli hihi..

    ReplyDelete
  4. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  5. wah ada resepi roti canai haha sha beli je ni :p

    ReplyDelete

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Broaden News