RESEPI Ayam Masak Kicap Paling Simple



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera




Hari ini pok ucu rasa rajin sikit nak masak,jadi apa yang pok ucu masak untuk makan sendiri sahaja,cubalah search kat google AYAM MASAK KICAP YANG SIMPLE dan SENANG,pok ucu pun apa lagi cubalah buat sendiri,sedapnyaaa!!! hingga menjilat jari...


Nak rasa kenalah cuba buat sendiri di rumah,resepi yang sungguh mudah dan senang nak buat,budak tadika pun boleh buat,tapi kenalah pantau ok,nanti tak pasal-pasal terbakar satu rumah...






Bahan bahan:

6-7 ketul ayam -  lumur garam kunyit dan goreng
Kicap lemak manis
1/2 biji bawang besar Holland - belah 6
1 tangkai cili merah/cili padi
Beberapa helai daun kari - tak letak

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-caranyA:

Panaskan minyak menggoreng ayam dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau rata.

Masukkan pula kicap lemak manis secukupnya. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Sesuaikan rasa. Bolehlah ditutup api.



Oleh: Azie Kitchen

selamat memcuba!!! good luck ok!!! , SEKIAN " TERIMA KASIH " ...







RESEPI Ayam Masak Kicap Paling Simple RESEPI Ayam Masak Kicap Paling Simple Reviewed by Pok_Ucu HELMI on February 02, 2018 Rating: 5

9 comments:

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Powered by Blogger.