Tiada Kesempatan Nak Update Blog ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tiada kesempatan nak update blog?


Pok ucu sebenarnya memang tiada kesempatan sangat untuk update blog, disebabkan ada komitmen pada kerja, baru tahu kerja di kedai makan ini sangat memenatkan, tapi sangat berpuas hati bila dapat melihat kerenah pelanggan yang datang, dapat lihat kanak-kanak berlari ke sana dan ke mari,senyuman dari semua orang, terubat seketika walaupun penat....





Sekarang ini pok ucu agak kurang sihat sedikit, mungkin disebabkan cuaca yang tak menentu sekarang ini, rasa sejuk satu badan dan lenguh-lenguh....


Tapi pok ucu kuatkan semangat untuk terus bekerja walaupun dalam keadaan kurang sihat....


Nak mintak cuti , tapi pok ucu baru sahaja mula bekerja dan nak sesuaikan diri, tak berani pulak , nanti apa pula cakap bos " baru kerja dan macam-macam perangai tak elok, nak cuti la apa laaaaa.... " dalam hati pok ucu cakap la...


Tapi bos di tempat pok ucu kerja sekarang ok jer!!! Dia bagi jer cuti kalau pok ucu nak, pok ucu tak nak la pekerja lain mengata di belakang nanti, jadi pok ucu cuba kurangkan untuk meminta cuti, lebih baik kerja dari cuti, kerja dapat duit, kalau cuti habuk pun tak ada....


Jika ada masa kelapangan nanti pok ucu akan updatekan blog pada setiap hari, buat masa sekarang kena fokus pada kerja dahulu, sebab kerja itu penting, betul tak?


Notebook second-hand yang pok ucu beli minggu lepas tinggal kat kedai sebab rosak keyboard, pakai keyboard usb pun jadi sekejap sahaja lepas tu ada effect dari keyboard notebook, keluar no 33333333333333, nak menaip pun x senang...


Mungkin hujung bulan ini baru siap, pok ucu terpaksa la menangguhkan giveaway yang ingin dilancarkan bersama siti awadah (sishawa) pada 14/01/2018 , nak tahu lebih lanjut dan join giveaway siti awadah (sishawa) boleh ke laman blog beliau http://www.sishawa.com/ , yang mana sudah follow dan menjadi pembaca setia blog beliau mesti sudah tahu kan? Apa lagi jom join ramai-ramai giveaway beliau....


www.sishawa.com


Untuk maklumat lanjut berkenaan terma dan syarat giveaway tersebut,anda boleh klik pada banner di atas,jadi akan terus ke laman giveaway tersebut...


Itu sahaja yang dapat saya ceritakan pada kali ini....


Sekian " terima kasih " ... 
Tiada Kesempatan Nak Update Blog ? Tiada Kesempatan Nak Update Blog ? Reviewed by Pok_Ucu HELMI on January 22, 2018 Rating: 5

5 comments:

  1. salute laa org keje kedai makan ni.. kena always senyum, layan karenah pelanggan.

    ReplyDelete
  2. patut lama tak nampak pokucu hehe takpa settlekan yang penting dulu, sha mcm tu jugak kalau busy sangat taksempat nak jenguk blog hehe sekali ada masa ha berpuluh entry :D

    ReplyDelete
  3. takpe pokucu, settlekan mana yang perlu dulu :)

    ReplyDelete
  4. patut lama tak nampak entry blog pok ucu

    ReplyDelete

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Broaden News

Powered by Blogger.