RESEPI TAKOYAKI



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera




Mesti ramai yang meminati makanan korea,POK UCU sendiri pun suka sangat dengan makanan dari KOREA,maklumlahkan peminat setia cerita korea,BETUL KE TAKOYAKI INI MAKANAN KOREA?


ASAL USUL TAKOYAKI Takoyaki adalah sejenis makanan ringan (snek) yang berasal dari Jepun. Umum mengetahui perkara itu berdasarkan perkataan yang berbunyi jepun iaitu “ta-ko-ya-ki”. Mungkin disebabkan oleh kebiasaan dari rakyat Malaysia yang menonton siri kartun Doraemon yang diketahui gemar memakan snek Dora-yaki. Jadi sebutan yaki di belakang itu membayangkan takoyaki juga adalah sejenis makanan dari Jepun. >>> KLIK DISINI UNTUK ARTIKEL PENUH <<<


Ooo!!! rupanya TAKOYAKI ini berasal dari JEPUN sebenarnya,pok ucu ingatkan dari KOREA,tapi berlainan la resepi JEPUN dengan MALAYSIA,mugkin bahan yang digunakan pun lain,lain negara,lain citarasa dan lain bahan-bahannya...





sumber dari google
 

BAHAN-BAHAN


2 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
4 biji telur
4 cawan air
2 sudu teh serbuk dashi @ serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam
2 cawan kubis cincang jejari ketam atau sosej secukupnya | dipotong halus minyak untuk mengoles acuan



BAHAN UNTUK SOS


1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/2 cawan gula
1/4 cawan air asam jawa
2 sm halia | tumbuk halus
1 ulas bawang putih | tumbuk halus


BAHAN SAMPINGAN

mayones secukupnya Bonito flakes secukupnya


CARA MEMBUATNYA


1 - bancuh tepung gandum bersama tepung jagung,telur,air,serbuk dashi dan garam hingga sebati dan tidak berketul.

2 - oleskan minyak pada kuali takoyaki dan isikan bancuhan tepung hingga separuh acuan.

3 - letakkan hirisan jejari ketam dan sosej.tabur kubis cincang.

4 - isikan bancuhan tepung tadi hingga memenuhi acuan.

5 - bentukkan takoyaki menjadi bentuk bulat dan masak hingga garing.

6 - untuk sos,satukan bahan di dalam periuk.masak menggunakan api sederhana hingga pekat.angkat dan sejukkan.

7 - ketika hendak menyediakan takoyaki,susun bebola takoyaki di dalam pinggan.

8 - tuangkan sos takoyaki. paipkan mayones dan taburkan bonito flakes.sedia untuk dinikmati



INFO DARI CHEF : inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.


CREDIT BY WOW! RASA www.sinarharian.com.my/rencana
YANG PENAT MENAIP : POK UCU ( HELMI ) 


 selamat mencuba!!! 


 SEKIAN " TERIMA KASIH " ....
RESEPI TAKOYAKI RESEPI TAKOYAKI Reviewed by POK UCU DOT COM on January 28, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. Wah favourite mama ni. Sedapnya

    ReplyDelete
  2. singgah + follow sini.. ^^

    jemput join GA Shawal... :)

    http://mohdnoorshawals.com/2018/01/MengintaiAkuDiNeraka.html

    ReplyDelete

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Broaden News

Powered by Blogger.