Skip to main content

Rutin Harian Pok Ucu



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Rutin Harian Pok Ucu




Pok ucu sakarang ini masih belum bekerja lagi, jadi rutin harian di rumah memang cukup padat dan agak memenatkan...


Sekarang ini mak ( mek ) pok ucu tidak beberapa sihat kerana sakit pingang akibat kemalangan bersama abang pada minggu lepas, jadi kerja rumah pok ucu kena buat....


Masa inilah yang sesuai untuk mengambil hati ibu tersayang, aktiviti pok ucu di rumah memang cukup padat dan teratur...


Bangun Pagi-Pagi

Bangun seawal yang mungkin , sebelum subuh dalam 5.30/6.00 pagi, pok ucu ini memang susah dah agak liat sikit nak bangun pagi...


Buat Kerja Rumah

Nasib baik pok ucu diajar dari kecil lagi membuat kerja-kerja rumah, jadi dah menjadi kebiasaan pok ucu tak kekok sangat untuk membuat kerja-kerja perempuan seperti ;


-Memasak

Pok ucu memang suka sangat memasak, idola pok ucu ialah chef wan, chef ismail dan jaafar on, memasak ini dan menjadi hobi bagi pok ucu....

- Menggemas

Hah!!! Inilah yang pok ucu tidak terlalu suka sangat, bila menggemas rumah memang agak malas sedikit, sebab kena menyapu , pok ucu dah la ada alahan terhadap habuk-habuk ini, terpaksa la kena buat jugak...

- Membasuh

Inilah yang pok ucu paling malas sekali nak buat, membasuh memangperlu banyak kesabaran dan ketelitaan, membasuh pinggan la yang pok ucu paling malas sekali, sebab pinggan, mangkuk, gelas, sudu, jug, periuk, kuali,Tupperware dan banyak lagi segala alatan dapur lain yang ada memang malas pok ucu nak basuh, tapi redha sahajalah, membasuh pakaian amat mudah, sebab ada mesin basuh automatik,on suiz, sambung wayar paip air, t
Masukkan sabun, softener dan tekan-tekan cuma tunggu dia berbunyi muzik bila dah siap nanti, so kerja jadi lebih mudah dan senang...

- melipat

Melipat kain, baju, seluar dan lain-lain lagi amatlah mudah bagi pok ucu, kerja mudah sangat bila dah biasa buat kan, betul tak?so pok ucu lipat-lipat hodoh sangat...

Kerja-kerja yang agak meringankan bagi seorang perempuan yang bergelar suri rumah, bagi seorang lelaki yang tidak biasa dengan kerja-kerja perempuan ( suri rumah ) ini memang agak kekok sedikit hendak belajar dan membuatnya,maklumlah lelaki di ajar supaya tidak membuat kerja rumah sejak dari kecil lagi, bila sudah berumah tangga dan waktu isteri melahirkan anak,si suami di tugaskan atau perlu membuat kerja-kerja tersebut untuk menolong si isteri sementara masih dalam pantang...

Nak jadi suami mithali katakan, hehehe!!! Ada ke si suami yang menolong si isteri ini menolong membuat kerja-kerja rumah bila isteri dalam pantang?


Itulah antara aktiviti harian Pok Ucu sementara belum bekerja lagi,memang cukup padat dan memenatkan,jadi pok ucu mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat...






Sekian " Terima Kasih " ....

Comments

  1. org laki kena pandai laa.,.xpndai pon kena rajin2 laa.,.hihihi..masok sedap2 pok ucu wehh

    ReplyDelete
  2. Kena rajin la... Nanti ramai yg nak masuk meminang!

    ReplyDelete
  3. semoga tabah menghadapi setiap dugaan

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Popular posts from this blog

Resepi Kek Span Vanilla Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan

Assalamualaikun Dan Salam Sejahtera

Resepi Kek Span Vanilla Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan


















Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Resepi Wajik ATAU Pulut Manis Sedap

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Resepi Wajik ATAU Pulut Manis Sedap


Bahan-bahan diperlukan:
500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal) *300gm gula melaka @ gula merah *200gm gula pasir bahan * dimasak dengan 1 cawan air 2 cawan santan pekat 1 helai daun pandan Daun pisang utk alas talam/loyang 4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) - bagi yg suka durian.. idea dari zaina.. Cara menyediakan dan memasak:
*Kaedah kukus-
Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam
*Kaedah tanak di rice cooker-
3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)
*Kaedah masak pulut guna microwave-
3 1/2 cawan beras pulut 3 1/2 cawan santan cair, sedikit garam..panaskan selama 20 minit Rebus gula melaka & gula pasir dengan 1 cawan air..setelah larut & mendidih, hendaklah di tapis Panaskan semula gula yg ditapis tadi…

RESEPI PUDING ROTI KUKUS BERKUAH SOS KASTARD

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


RESEPI PUDING ROTI KUKUS BERKUAH SOS KASTARD

PUDING ROTI KUKUS





BAHAN- BAHAN 5 keping roti gardenia ( roti lain pun boleh la )
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
2 sudu butter
Kismis ( beli je 1 kotak kecil )

CARA- CARANYA :
1.Masukkan telur, gula, esen vanila ke dalam satu bekas, mixer sampai sekata / kembang (nak guna blender pun boleh) 2.Masukkan susu cair, kacau sekata. 3.Ambil roti, sapukan butter depan dan belakang (kalau nak carik-carikkan pun boleh ya!) susun dalam loyang. 4.Tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang, dan tabur kismis. 5.Kukus selama 20-25 minit.

SOS KASTARD
BAHAN-BAHAN

2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecik esen vanila.

CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Masukkan semua bahan di atas, masak atas api perlahan, kacau sampai masak.
pastikan di kacau untuk mengelakkan ianya berketul.






Credit to Fb Page
Resepi masakan malayu

Sekian " Terima Kasih " ...