ROTI GULUNG SARDIN


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


OMEGA 3 KEBAIKAN! CLASSIC FRIED


Pelbagai sardin dari ayam brand, kebiasaannya sardin hanya masak biasa sahaja, tumis bawang , masukkan sardin dan tambah sedikit air, sudah siap, kali ini pok ucu nak kongsikan satu resepi dengan menggunakan sardin ayam brand ...




Sardin gulung merupakan makanan utama bila berkelah, lagi-lagi bila musim cuti sekolah!!!




Yang paling penting kena ada bahan-bahan dan sediakannya, tak susah pun nak dapatkan bahan-bahan tersebut, senang sahaja, pergi dekat pasaraya cari, pilih dan bayar, lepas itu balik terus cuba buat ...


Bahan-bahan:

• 425g Ayam Brand Sardin dalam tin berSos Tomato
• 2 biji limau ambil Jusnya 
• 2 sudu besar sos cili
• 1 biji bawang besar, dicincang
• Roti Sandwich 
• 2 biji telur, dipukul
• Serbuk roti
• Garam dan lada secukup rasa
• Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya :

1. tuangkan sardin tin ke dalam mangkuk.

2. Tambahkan cili dan bawang besar yang telah dicincang.Perahkan limau dan kacau rata bahan-bahan tersebut sehingga sebati . Tambah garam dan lada.

3. Letakkan campuran sardin tersebut ke roti dengan berhati-hati supaya tidak tumpah, nanti rugi klau tumpah, hehehe.

4. Salutkan ke dalam telur yang telah dipukul dan gulingkan pada serbuk roti sehingga sempurna.

5. Goreng sehingga perang. Hidangkan ketika masih panas.


Selamat mencuba!!! Kali ini resepinya agak senang dan mudah disediakan, sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang ....


Sekian " terima kasih " ...

3 comments:

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Powered by Blogger.