Resepi Wajik ATAU Pulut Manis Sedap


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Resepi Wajik ATAU Pulut Manis Sedap



Bahan-bahan diperlukan:

500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal)
*300gm gula melaka @ gula merah
*200gm gula pasir
bahan * dimasak dengan 1 cawan air
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
Daun pisang utk alas talam/loyang
4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) - bagi yg suka durian.. idea dari zaina..
Cara menyediakan dan memasak:

*Kaedah kukus-

Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam

*Kaedah tanak di rice cooker-

3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)

*Kaedah masak pulut guna microwave-

3 1/2 cawan beras pulut 3 1/2 cawan santan cair, sedikit garam..panaskan selama 20 minit
Rebus gula melaka & gula pasir dengan 1 cawan air..setelah larut & mendidih, hendaklah di tapis
Panaskan semula gula yg ditapis tadi, masukkan daun pandan & secubit garam (masukkan durian- bagi yg suka perisa durian)
Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat biarkan merenih dlm 1/2 jam guna api yg kecil
Setelah gula pekat berkilat & bertali, masukkan pulut yg dikukus @ ditanak tadi dan gaul rata
Setelah agak kering,keluarkan daun pandan tadi.. tuang kedalam loyang yg telah di alas dengan daun pisang..
Sejukan..dan sedia dipotong..




like & share
Resepi Sedap Kelantan utk resepi2 hebat menanti 


Sekian " Terima Kasih " ...

3 comments:

  1. Lamanya tak makan wajik ni. Kat sini kadang2 masa kenduri org ltk dlm goodies bag

    ReplyDelete

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Powered by Blogger.