2 Comment

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Resepi Begedil Kentang Soto Paling Sedap

 


Bahan-bahannya :

Kentang – kupas dan potong dadu
Bawang goreng
Daun sup / daun bawang
Lada putih
Garam
Kentang
Telur ayam
Minyak masak


Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan goreng kentang sehigga lembut dan keperangan.

2. Toskan minyak daripada kentang.

3. Tumbuk kentang sehigga lumat.

4. Masukkan garam dan lada putih secukup rasa.

5. Masukkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng. Teruskan tumbuk dan gaul rata.

6. Bentukkan bergedil menjadi bulat tp sedikit leper supaya cepat masak bila digoreng.

7. Pecahkan & kacau telur. Kemudian rendam bergedil ke dalam telur.

8. Goreng bergedil dlm minyak panas sehingga keperangan.




Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba!


kredit resepi video : fb Dapur Kemaman

resepi video & bertulis adalah dua resepi berbeza, boleh pilih mengikut kesukaan anda

gambar tidak dapat dikenalpasti owner, sila pm admin jika ada gambar kepunyaan anda untuk kami berikan kredit 

like & share
Resepi masakan malayu utk resepi2 hebat menanti 


Sekian " Terima Kasih " ...

Post a Comment

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

blogger
 
Top