Resepi Cream Puff Lembut Dan Gebu



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Resepi Cream Puff Lembut Dan Gebu



sumber dari google



Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
 

Bahan Untuk Cream Custard

1sdb tepung gandum
1sdb tepung custard
200ml susu segar
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin/butter
1/2 sdt esen vanilla


Cara Menyediakan Cream Custard


Langkah 1
Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul

Langkah 2
Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.

Langkah 3
Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat.
Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.

Langkah 4
Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.

Langkah 5
Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff.


Bahan Untuk Cream Puff

1 cawan tepung gandum -120gm
1 cawan air – 200ml
1/2 cwn butter – 90gm > dipotong dadu
4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur > dipukul sebati

1 sdt esen vanilla
1sdb gula
Secubit garam


Cara Menyediakan Cream Puff


Langkah 1
Panaskan oven pada suhu 200’c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair

Langkah 2
Kemudian masukkan gula dan garam

Langkah 3
Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan
menjadi kental dan tidak melekat kat periuk.

Langkah 4
Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.

Langkah 5
Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)

Langkah 6
Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang.

Langkah 7
Paipkan adunan bentuk rosset  di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat.

Langkah 8
Spray permukaan doh/rosset dengan air

Langkah 9
Bakar pada suhu 200’c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180’c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)

Langkah 10
Setelah sejuk bolehlah paipkan cream kastard dan sedia dihidangkan
Selesai..



sumber dari google



Sekian " Terima Kasih " ...
Comments
0 Comments

No comments

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Powered by Blogger.