Maggie Perisa Tom Yam Cara Pok Ucu ( Helmi )


Maggie perisa tom yam cara pok ucu ( helmi )

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pok ucu memang suka sangat-sangat makan maggi, salah satu perisa adalah tom yam,kerana terlalu suka makan sayur-sayuran jadi pok ucu akan masukkan sekali, tak kisah sayur apa pun...



Ini belum masak lagi,baru nak tunjuk bahan-bahannya...


Maggie tom yam ala pok ucu

Bahan-bahannya ;

1 ulas bawang besar/ merah
4 ulas bawang putih
50gm bunga kubis
6 tangkai daun sawi (di potong memangjang 2sm)
5 keping hirisan carrot (potong memanjang halus-halus)
1 biji telur


Cara-cara membuatnya ;

1 - panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak...

2 - bila minyak sudah panas, masukkan bawang besar/merah dan kacau sehingga kekuningan...

3 - masukkan bunga kubis dan carrot kacau sehingga masak...

4 - masukkan semangkuk air dan biarkan ia mendidih...

5 - pecahkan telur dan biarkan seketika sehingga telur betul-betul masak...

6 - buka maggie perisa tom yam dan masukkannya bersama perencah...

7 - masukkan sayur sawi dan biarkan selama 2/3minit...

8 - selepas 2/3 minit, tutup api dan hidangkan bersama taburan bawang goreng...

Sedapnya Maggi perisa tom yam cara pok ucu, mudah, cepat dan senang, selamat memcuba....


Nak makan kenalah masak sendiri, jika malas nak masak terpaksalah menahan kelaparan dan membeli makan di gerai makan...


Rajin-rajinlah masuk dapur dan cuba untuk masak sendiri, kerana masakkan sendiri lagi sedap dan puas hati dari makanan di gerai makan...


Sekian " terima kasih " ....
Comments
3 Comments

3 comments

Zuhaira Nasrin said...

Best ni makan megi. Hihi

Mrs Pip said...

blog pokucu yang ni mmg tiada afb eh?

Rabiahtul Adawiyah said...

sedappnya

Powered by Blogger.