Macam-macam Cerita Yang nak Di Ceritakan

Macam-macam yang nak diceritakan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Gambar sekadar hiasan...

Pelbagai cerita yang nak di kongsikan untuk anda semua...

Jutaan terima kasih kerana sudi melawat ke laman blog pok ucu yang tak seberapa ini...

Agak malas sedikit untuk update blog sejak seminggu lalu , kerana banyak perkara dan masalah yang timbul, hari ini pok ucu rajin sikit nak update blog, sebab ada cerita yang nak kongsikan pada anda semua...

1 - NAIK TARAF KEDAI MAKAN

Sudah 3 bulan pelenggaraan untuk menaik taraf gerai makan tempat pok ucu kerja sekarang ini, bos macam-macam buat penambahan dan perubahan, staff pun dah naik pening bila memikirkan...

2 - TEMPAT LAMA DI PINDAHKAN KE TEMPAT BARU

Hmmm, bila mendengar sahaja pindah-memindah ini memang pok ucu yang paling malas sekali untuk mengangkut segala barang-barang...

3 - PERATURAN YANG KETAT

Bermula semalam 25/10/2017 bermulah peraturan yang tak masuk akal dan menjadi seperti dalam penjara, peraturan yang bos tetapkan ; 

- punchcard sebelum jam 3ptg, paling lewat 3.45ptg, selepas 3.45ptg gaji akan di potong RM5, lewat 1jam akan dipotong RM10...

- jika hendak keluar dari kawasan kedai, kena punchcard keluar dan masuk dan gaji akan di potong...- penggunaan telefon bimbit semasa bekerja tidak di benarkan, jika ada panggilan atau hendak membuat panggilan masa diberikan hanya 2 minit sahaja...

Itu sahaja peraturan yang berkuatkuasa pada 26/10/2017...

4 - TIADA KEBEBASAN HENDAK BERSOSIAL

Jika ada rakan hendak lepak bersama sewaktu kerja agak susah sedikit, kerana kerja itu amat penting, kalau ada yang mengenali hanya tegur-menegur sahaja, tidak dapat nak lepak semeja dan berborak panjang...

itu sahaja yang pok ucu dapat ceritakan dan nampak agak mengjekelkan hendak mengikuti apa yang bos tetapkan sekarang ini...

Pok ucu kalau peraturan yang ketat-ketat seperti itu memang tidak boleh mengikutinya, sebab pok ucu tak suka bekerja dengan suasana yang suram dan penting diri sendiri....


Gambar sekadar hiasan...

Sekian " terima kasih " ....
Comments
1 Comments

1 comment

Sheila Adziz said...

Tpt keje happining lg best kan. Akak pun tak suka kerja ikut masa. Tp allhamdulillah dlm setahun push diri sendiri levels to masa dan ia berjaya bt diri akak disiplin dgn arahan yg ditetapkan

Powered by Blogger.