Skip to main content

Segmen Suai Kenal Blogger Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terlebih dahulu  saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada owner blog http://www.sofinahlamudin.com/ kerana membuat segmen tersebut... 



Sebelum saya meneruskan sesi perkenalan, saya nak ajak blogger-blogger semua untuk join segmen  ini, segmen ini dapat mengenali lebih dekat dan rapat lagi hubungan persahabatan di antara kita.... 

mana nak mula ni ek!!! 
Saya mulakan dengan latar belakang dulu ;

Nama penuh : Mohamad zulhelmi bin Abdul rahman
Nama panggilan : miey, helmi, kimiey, kaymiey dan emiey
Nama popular : kaymieyarahman/pokucu
Umur : 28 tahun (2017)
Tempat lahir : kuala krai, Kelantan 
Tarik lahir : 26 julai 1989
Pendidikan : spm 2006 sekolah menengah kebangsaan kuala krai(smkkk) 
Bekerja sebagai tukang masak western di sebuah kedai makan di Machang, Kelantan... 

Saya merupakan anak yang kesembilan daripada dua belas adik-beradik dan merupakan anak bongsu lelaki(kesayangan ibu), bongsu keladi kan, betul tak? Bongsu keladi masih ada adik lagi...

Saya seorang yang pendiam dan tak suka bercakap banyak, nak kena orang tegur dahulu baru saya layan... 

Saya mula berjinak-jinak dalam bidang blogger ini seawal umur 12 tahun,ketika itu member saya yang ajak pergi ke cyber cafe, itulah pertama kali saya mengenali komputer, selepas itu, bila sahaja hujung minggu saya akan pergi bersama member ataupun seorang diri,waktu itu saya tak tahu sangat tentang blog ini,buat untuk suka-suka,tapi sekarang kalau nak dapatkan balik memang susah... 

Saya masih ingat lagi bagaimana belajar untuk buat blog, saya belajar melalui MAJALAH PC, ada satu ruangan bernama MahirIT tak silap saya, cara tutorialnya mudah difahami dan senang untuk ikuti...

Sampai sekarang saya meminati dan mengumpul majalahPC... 

Banyak juga blog yang saya buat, tapi blog itu saya update dengan hanya copy paste sahaja, jika saya berkenan dengan artikel tersebut, saya terus copy dan paste pada blog... 

Saya mula serius dengan blogger ini pada tahun 2014, waktu itu saya sudah bekerja dan mampu memiliki phone ,laptop sendiri, blog pertama saya http://www.kaymiey2428.blogspot.com/ yang kedua http://www.kmieyabdulrahman.net/ yang mempunyai domain sendiri, dan yang ketiga http://www.pokucu.com/ yang juga mempunyai domai... 

Ketiga-tiga blog tersebut masih aktif dan selalu update 3/10 kali dalam sebulan... 

Itu sahaja yang dapat saya kongsi dan ceritakan pada kali ini, di harap artikel tersebut jelas tentang suai kenal saya... 

Sekian "terima kasih" ...



Comments

  1. yang penting copy-paste letak kredit atau nota penghargaan.dengan harapan hal baik dipanjangkan.

    aku suka majalah PC jugak dulu, artikel dengan bahasa mudah difahami

    ReplyDelete
  2. Bagus juga segmen begini, LZ suka berkenalan dengan rakan blogger..
    At least kita tahu dengan siapa kita berinteraksi di dunia maya ini..

    ReplyDelete
  3. haii..salam kenal dari sang aura..Bagus entri begini..

    ReplyDelete
  4. Saya pendiam jugakk..tapi kalau di alam maya peramah pulak

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan. Hai saya Auni! 27tahun! Semoga terus sukses ye lepas ni?

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan CCL bloggr perlis ,hebat pokucu seawal umur 12 tahun dah trlibat dalam bidang blogger .

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan dari Liez. Muda-muda dah minat blog ye.. hihihi
    Nanti kita join salam perkenalan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam knlan jgak, ye dari umur 12tahun lg minat blogger, tp x ksmpaian sbb x mampu nk miliki komputer...

      Delete
  8. Salam perkenalan...

    Fuh banyak2 nama glemer tu saya nak panggil pok ucu je boleh dop? Hahaha.

    ReplyDelete
  9. saya dulu pun suka juga majalah pc sebab banyak informasi tentang IT

    ReplyDelete
  10. Hai Pokucu!
    salam perkenalan

    http://www.azhafizah.com/2017/09/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, salam perkenalan jugak dari saya...

      Delete
  11. SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA
    1. Pengumuman ke-4 = http://www.sofinahlamudin.com/2017/11/pengumuman-4-segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh-malaysia.html
    2. Selamat berkenalan = http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html

    ReplyDelete
  12. Salam perkenalan bro..kita bertiga ja jejaka dlm segmen ni LOL

    http://www.elihjapahar.com/2017/11/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih di atas komen yang ikhlas dari anda...

Popular posts from this blog

Resepi Kek Span Vanilla Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan

Assalamualaikun Dan Salam Sejahtera

Resepi Kek Span Vanilla Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan


















Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Resepi Wajik ATAU Pulut Manis Sedap

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Resepi Wajik ATAU Pulut Manis Sedap


Bahan-bahan diperlukan:
500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal) *300gm gula melaka @ gula merah *200gm gula pasir bahan * dimasak dengan 1 cawan air 2 cawan santan pekat 1 helai daun pandan Daun pisang utk alas talam/loyang 4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) - bagi yg suka durian.. idea dari zaina.. Cara menyediakan dan memasak:
*Kaedah kukus-
Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam
*Kaedah tanak di rice cooker-
3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)
*Kaedah masak pulut guna microwave-
3 1/2 cawan beras pulut 3 1/2 cawan santan cair, sedikit garam..panaskan selama 20 minit Rebus gula melaka & gula pasir dengan 1 cawan air..setelah larut & mendidih, hendaklah di tapis Panaskan semula gula yg ditapis tadi…

RESEPI PUDING ROTI KUKUS BERKUAH SOS KASTARD

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


RESEPI PUDING ROTI KUKUS BERKUAH SOS KASTARD

PUDING ROTI KUKUS





BAHAN- BAHAN 5 keping roti gardenia ( roti lain pun boleh la )
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
2 sudu butter
Kismis ( beli je 1 kotak kecil )

CARA- CARANYA :
1.Masukkan telur, gula, esen vanila ke dalam satu bekas, mixer sampai sekata / kembang (nak guna blender pun boleh) 2.Masukkan susu cair, kacau sekata. 3.Ambil roti, sapukan butter depan dan belakang (kalau nak carik-carikkan pun boleh ya!) susun dalam loyang. 4.Tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang, dan tabur kismis. 5.Kukus selama 20-25 minit.

SOS KASTARD
BAHAN-BAHAN

2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecik esen vanila.

CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Masukkan semua bahan di atas, masak atas api perlahan, kacau sampai masak.
pastikan di kacau untuk mengelakkan ianya berketul.






Credit to Fb Page
Resepi masakan malayu

Sekian " Terima Kasih " ...