Mamee/Maggie Sup

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pok_Ucu nak kongsikan satu resepi yang mudah dan senang, bagi yang bujang yang nak makan mamee/maggie masakkan sendiri, boleh la cuba resepi Pok_Ucu ini...

Sedap ataupun tak kau orang cuba la sendiri, nanti kalau dah cuba resepinya boleh tinggalkan komen pada post ini...

Mamee/maggie sup



Saya namakan sup kerana masakkan tersebut berkuah...

Hidangan untuk seorang sahaja, jom lihat resepinya...

Bahan-bahan

1 paket mamee/maggie segera (saya gunakan MAMEE perisa kari, terpulang pada anda nak gunakan perisa apa.)
1/2 ulas bwang besar (dipotong halus)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 ulas bawang merah kecil (dipotong halus)
100gm isi ayam (dipotong dadu)
1 biji telur
5gm sawi (dipotong 1cm)
5gm bunga kobis (dipotong kecil2)
Sedikit minyak masak
1gelas air masak/paip

Cara-caranya

- panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak masak.

- bila minyak sudah panas, masukkan bawang besar, bawang putih dab bawang merah, tumiskan sehingga naik bau dan nampak kekuningan.

-masukkan isi ayam (dipotong dadu)  dan kacau sehingga bertukar warna kekuningan, isi ayam kena betul-betul masak..

-masukkan bunga kubis dan kacau perlahan-lahan, sehingga bunga kubis tersebut masak, bunga kubis tersebut menjadi lembut.

-masukkan segelas air masak/paip, biarkan mendidih.

-bila mendidih pecahkan sebiji telur dan biarkan sampai telur masak.

-bila telur sudah masak, masukkan mamee/maggie dan biarkan seketika sehingga lembut.

-masukkan perencah mamee/maggie yang digunakan.

-masukkan sayur sawi dan kacau...

-tutup api dan hidangkannya..

Selamat memcuba

Itulah cara saya memasak Mamee/maggie di rumah, al maklumlah orang bujang kalau nak jimat kena pandai-pandai masak sendiri..

Nanti anda nilailah sendiri sama ada sedap ataupun tak, tak cuba, tak tahu, sudah cuba, fikirlah sendiri. ..

Jika anda nak kongsikan cara masakkan sendiri, boleh letakkan link pada ruangan komen...

Sekian "terima kasih" ...



Comments
21 Comments

21 comments

Fuzy Hamid said...

pepagi tengok mamee sup ni mmg terliur sangat...

sis gee said...

terliur tengok megi pagi pagi hari..haha

Aisya Ismail said...

Favorite tengah malam..

Rabiahtul Adawiyah said...

Pagi2 tgk maggi ni sedaplah pulak..

shalimar yusof said...

mamee ke maggi ke meg berantuu

Rabiahtul Adawiyah said...

Rasa nak makan maggi lah pulak..rabia suka makan maggi perisa kari...letak sayur brokoli sedappp..rangup je.

Sang aura said...

sedap ni..mendung mendung dapat megie.Terus sambung tidur..ekekeke

Unni Anje said...

kalau kbulur malam2 memang ini la pnawarnya...hihihi

Abam Kie said...

Mee maggi cepat dimasak sedap dimakan...

C i k R e n e x said...

Bagusnya banyak letak sayur. Kalau Cik Renex yang masak,memang letak sawi semata-mata je.hee

SITI AWADAH said...

lapar dah la.... antar kat sis semangkuk! :D

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Bila time hujan je mesti teringat nak makan maggie .. kenapa mesti maggie ? Heh . Btw dah lama CCL tak makan maggie ni feveret ccl maggie tomyam

Shikin Razali said...

Adeh, tetiba rasa lapar la pulak..

Afizah Abd Rahman said...

Sedapnya megi. Sekali sekala makan boleh lah ๐Ÿ˜Š

Maria Firdz said...

Selalu gak masak gini...

Dedaun Comel said...

Memang sesuai untuk orang bujang macam saya.. Kena cuba ni nanti

Sofinah Lamudin said...

saya peminat maggie. terutamanya kalau tengah malam. Emergency gila - masak maggie je lah.. haha!

Mawar Assufi said...

Suka masak megi dgn telur jee. sayur-sayur tak kenan masak dlm megi. kekeke

Normi Nieza said...

Mtk skit๐Ÿ˜€

Zuhaira Nasrin said...

maggie sup tak pernah tak sedap. hehe

Mimi Azirah said...

Favourite ni

Powered by Blogger.