Penatnya Buat Kerja Kebun

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Betapa penatnya bila berkebun, maklumlah nak cari rezeki yang halal kena usaha lebih sikit...

Saya dan kawan-kawan akan start kerja seawal jam 8:00 am atau 8:30 am, kami akan behenti rehat pada jam 12:00 tgh atau 1:00 ptg dan kami akan start kerja balik pada jam 2:30 ptg atau 3:00 ptg, siapkan dahulu kerja selepas itu akan balik pada jam 6:00 ptg atau 7:00 mlm...


Itulah jadual kerja harian saya dan kawan-kawan, walaupun penat saya dan kawan-kawan akan behenti sekejap untuk minum air selepas itu baru sambung balik buat kerja

seronok bila ada kawan-kawan yang sanggup untuk menolong dan menjadi teman membuat kerja di kebun pisang...


boleh borak-borak dan bincangkan apa yang perlu di buat untuk menambahkan lagi pendapatan...



Bersungguh-sungguh dan semangat betul beliau membuat kerja,inilah yang di katakan minat yang mendalam dalam bidang tersebut...



saya buat kerja tak banyak pun, mengarah adalah, tapi member yang dah lama kenalkan nak buat macam mana, diorang pun dah kenal dan jenuh dengan perangai saya...

saya pun turut bersemangat dan buat kerja bersama-sama dengan diorang. ..

Walaupun upahnya tak seberapa,cukuplah untuk buat belanja hari-hari, tapi saya bersyukur sangat-sangat kerana abang saya memberikan kepercayaan yang penuh kepada saya untuk menjaga kebun pisang beliau....

jika ada sesiapa yang berminat dan mencari benih anak pokok pisang dan pisang boleh PM saya, mana tahu saya ada stok dan boleh tolong sesiapa yang mencari pisang dan anak pokok pisang, hehehe, selain pisang serai dan pokok bunga pun ada saya tanam...

Terima kasih
Comments
1 Comments

1 comment

Rabiahtul Adawiyah said...

Kerja bersungguh2 ๐Ÿ˜Š

Powered by Blogger.