Mengidam Nak Makan Ketupat


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jom makan-makan, apa menu kali ini nak makan ye? Memandangkan saya nak sangat makan ketupat, terpaksa buat sendiri, nak cari kat kedai memang tak dapat la kan? , sebab sekarang ni kan belum bulan puasa dan bukan musim raya.

"Aku rasa nak makan ketupat la,Kau ni mengidam ke bro? Tak la,mana kau nak cari? Cari jer kat mana-mana, mana ada sekarang ini kan bukan bulan puasa dan bukan hari raya, alah klau susah sangat aku tebang pokok kelapa dan ambik pucuk buat sendiri,senang saja kan.memang la senang, kau pandai ke? Aku pandai la, kau jangan pandang aku sebelah mata tau, ok!!! Jom cari pucuk kelapa..."

Itulah kisahnya, tapi itu hanya drama sangat-sangat.

Yang sebetulnya bukan la seperti itu.

hehehe, bukan la saya mengidam sebenarnya, alang-alang abg ipar saya tebang pokok kelapa di kebun/dusun saya ambik pucuk dan terus anyam jadilah ketupat,anyam sendiri ke? Ye saya anyam sendiri, pandai tak?


Inilah dia ketupat yang di anyam oleh saya sendiri.


Bersiap sedia untuk mengisi beras, sebelum itu jangan lupa basuh dahulu berasnya.



Inilah rupa ketupat yang telah di isi dengan beras, hanya isi separuh saja berasnya.

Masukkan dalam periuk dan masukkan separuh air.


Setelah di isi air tiba masanya untuk letak di atas dapur.

Rebuskan sehingga memdidih selama 30 minit atau 1 jam.

Bila suda masak jangan hidangkan dahulu, sejukkan selama 1/2 jam baru potong dan hidangkan.

Tiba masanya untuk melantak dan makan sekenyang-kenyangan.

Sesuai di hidangkan bersama kelapa goreng tumbuk dan kuah kacang.

Nak sedap lagi makab bersama satay.perghhh!!! Memang sedap sangat-sangat.

Terima kasih.
Comments
3 Comments

3 comments

Faiq Najmi said...

Assalamualaikum, Singgah sini :)

Adam Rimiey said...

Waalaikumusalam, saya sentiasa singgah...

Rabiahtul Adawiyah said...

sedapnya ketupat

Powered by Blogger.