Kenali diri melalui kedudukan dalam keluarga dan 4 unsur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jom lihat kedudukan anda dalam keluarga dan unsurnya....

Anda semua mesti nak tahu kedudukan saya dalam keluarga dan unsurnya bukan?

Kedudukan saya dalam keluarga adalah anak no sembilan, ada tak siapa anak yang kesembilan? Kalau ada kita satu geng dan berunsur tanah , anda semua boleh lihat dan baca apa sikap atau sifatnya...

Banyak lagi unsur-unsur yang lain seperti api, air dan angin...

Anda anak yang ke berapa dan berunsur apa? Boleh kongsikan pada ruangan komen di bawah...

TANAH ( anak pertama, kelima, kesembilan )

-merendah diri, hormat, patuh, setia dan rela berkorban.
-tak cerewet , tak meninggi diri, tak sombong dan bukan pemarah.
-tenang diri, aman dan memberi sokongan.
-tak suka membantah atau membangkang.
-berwatak manis, lemah lembuh, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

ANGIN ( anak keempat, kelapan, kedua belas )

-lemah-lembut dan menenangkan.
-pandai bermain kata-kata dan memujuk rayu.
-sopan-santun dan berbudi pekerti mulia.
-bijak mewujudkab suasana selesa.
-hati yang cepat berubah-rubah.

API ( anak ketiga, ketujuh, kesebelas )

-cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
-cergas, cepat dalam gerak-geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
-penasihat yang baik.
-pandai dan cekap menguruskan rumah tangga.
-pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
-berwaspada selalu.

AIR ( anak kedua, keenam, kesepuluh )

-menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
-mengambil berat.
-hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangannya.
-menenangkan pasangan.
-sangat romantis.
-mudah menangis.

Ok!!!
Terima kasih, kerana sudi melawat ke laman saya ini, saya amat hargai komen dari anda, tanpa anda siapalah saya...

Comments
0 Comments

No comments

Powered by Blogger.