HANTARAN YANG SIMPLE DAN CANTIK DI LIHAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anda mesti tertanya-tanya bukan siapa yang nak kahwin? Mesti dah boleh jagka yang saya nak kahwin, maklumlahkan kalau nak kahwin kena buat sendiri hantaran supaya berpuas hati...

Nak tahu siapa nak kahwin? Berapa saya ambil upah untuk buat hantaran tersebut?canti ke tak itu anda yang nilaikan sendiri...

Inilah hantaran yang telah siap, cantik tak? nak jimat Budjet katakan, tapi ini adalah hasil perbincangan dari bakal pengantin sendiri...

Saya hanya buat satu sample dan tunjuk padanya, beliau setuju dan katanya cantik jugak, tapi nak semua sama seperti contoh gambar dia atas...

First mestilah kena balut-balut, kena gam pakai glue gam elektrik, gam punya gam akan jadilah seperti ;


Inilah hasilnya setelah gabus berbentuk segi empat sama di balut oleh, kertas berwarna gold, lapisan kedua di balut kain lutsinar(gitu) berwarna biru dan terakhir di lekatkan raben kain berwarna biru di sekeliling gabus yang telah di balut...

Lepas itu kena pulak lekatkan bunga, jadikan seperti ini ;


Jadilah seperti ini, saya baru tahu betapa susahnya untuk buat hantaran.

Terpaksa kena buat sebab inikan majlis keluarga sendiri, anda mesti nak tahu siapa? Kalau nak tahu majlis perkahwinan siapa? Nantikan pada awal bulan MEI nanti saya akan update post.

Oppsss!!!
Nak lihat tak hasil terakhir dari gubahan hantaran tersebut? Tapi tak siap semuanya, kerana ada 8 barang kesemuanya.yang siap hanyalah hiasannya sahaja.

Inilah hasil yang terakhir ;



Cantik tak bila anda lihat hasil terakhirnya? cer!!! Tinggalkan komen di bawah nak tengok berapa banyak yang suka dengan hasil kerja saya, hehehe!!!

Ok!!!
Terima kasih, jumpa lagi pada post yang akan datang...
Comments
1 Comments

1 comment

Powered by Blogger.