Header Ads

Berblog Dengan Hanya Pakai Phone

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kau nak tahu tak saya update post, edit blog dan lain-lain lagi berkenaan dengan blog pakai apa? Kau orang mesti nak tahu bukan?

Pakai phone untuk update, edit dan lain-lain berkenaan dengan blog.

Betapa susahnya nak edit blog guna phone ini,anda pernah tak buat seperti saya? Mesti pakai komputer desktop, laptop atau netbook bukan? Kalau tak mesti ada yang pakai tab, lagi selesa dari pada phone, saya pakai phone kecil sahaja, besarnya separuh tapak tangan,saya pakai phone jenama samsung model 3 tahun lepas...

Tak apalah mungkin belum ada rezeki lagi untuk memiliki komputer desktop, laptop atau netbook, apa pun saya tetap dengan minat saya terhadap blog,Orang cakap apa pun minat kita, kena berusaha bersungguh-sungguh barulah ada kejayaan yang bakal menghapiri...

Ok!!!
Berbalik pada tajuk utama kita, memang sekarang ini saya dalam proses mengumpul duit untuk membeli sebuah komputer desktop, laptop ataupun netbook yang kena dengan budjet yang saya telah tetapkan,saya sebenarnya tak kisah mana-mana pun , janji tangan dapat menaip dengan selesa dari pakai phone untuk update atau edit blog, sementara ini pakai phone dahulu, bila dah ada dan cukup budjet nati baru buat pilihan nak beli yang macam mana, kalau rajin saya ada jugak jejak kaki ke cyber cafe, klau malas duduk dalam bilik menghadapkan phone saja...

Jikalau anda atau sesiapa nak jual komputer desktop, laptop atau netbook bawah RM500 secondhand yang masih boleh pakai, baru pakai atau dalam jaminan yang masih ada warranty boleh PM saya.

Ok!!!
Itu sahaja yang dapat saya cerita pada kali ini, harap-harap tiada yang tertinggal dan isinya padat dan mantap...

Terima kasih, jumpa lagi, jangan lupa tinggalkan link blog atau komen anda di bawah, jangan lupa untuk follow blog saya ini, nanti saya akan melawat blog anda dan follow balik, ok!!! Terima kasih sekali lagi...

No comments

Powered by Blogger.